KUALA LUMPUR – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$108.5 bilion (RM431.37bilion) setakat 31 Mei, 2018 berbanding AS$109.4 bilion (RM434.95) pada 15 Mei, 2018.
Dalam satu kenyataan hari ini, BNM berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.6 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek.
Komponen utama rizab antarabangsa itu adalah rizab tukaran asing (AS$102.1 billion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (AS$0.8 bilion), Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)(AS$1.2 bilion), emas (AS$1.6 bilion) dan lain-lain aset (AS$2.8 bilion).
BNM berkata, aset itu termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab lain antaranya SDR (RM18.96 billion), kertas Kerajaan Malaysia (RM4.52 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.95 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.31 billion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) serta aset-aset lain (RM9.61 bilion). – Bernama










