Aku melihat gelagat saudara seagamaku
bertelagah berfitnah
saling menuding jari.
Aku termenung melihat saudaraku
mengapa mudah mereka mencipta musuh
hanya kerana perbezaan pendapat.
Aku melihat bangsa, agama lain
mereka tidak taksub seperti saudaraku
aku melihat hatta anak sanggup melawan bapak
isteri melawan suami
keluarga kucar-kacir
hanya kerana haluan berbeza.
Ayuhlah kita bersatu
wahai saudaraku
Islam agama yang
syumul jangan
cemarinya dengan agenda tersembunyi teruslah
bersatu andai itu
dapat eratkan silaturahim.
SITI FATIMAH MAT JUSOH
UPSI, Tanjong Malim










