KUALA LUMPUR – Ringgit tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dalam dagangan awal hari ini, walaupun data perdagangan Malaysia yang menggalakkan pada April lalu dan susulan peniaga menantikan lebih banyak maklumat mengenai dasar fiskal kerajaan sebelum memutuskan langkah mereka yang seterusnya. Sehingga pukul 9.30 pagi, unit tempatan disebut pada 3.9700/9750 berbanding dolar AS, tidak berubah daripada ditutup semalam. Peniaga berkata, ketidakpastian mengenai dasar fiskal kerajaan pada masa ini memberi impak yang besar kepada unit tempatan berbanding data perdagangan yang positif berikutan pasaran tidak menumpukan kepada kuantum Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan menggantikan Cukai Barang…










