KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan pengukuhan mata wang negara maju itu akibat meningkatnya sentimen optimis mengenai kadar faedah yang lebih tinggi di negara tersebut, kata seorang peniaga. Pada pukul 9 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.0060/4.0090 berbanding dolar AS daripada paras 4.0040/0070 sewaktu ditutup semalam. Dolar AS yang disifatkan sebagai mata wang selamat, turut mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan malam tadi berikutan pulangan bon AS yang lebih tinggi. Peniaga itu berkata, ketegangan dagangan antara AS…










