Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal  - Utusan Malaysia

Ringgit rendah berbanding dolar AS dalam dagangan awal 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi ini berikutan pengukuhan mata wang negara maju itu akibat meningkatnya sentimen optimis mengenai kadar faedah yang lebih tinggi di negara tersebut, kata seorang peniaga. Pada pukul 9 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.0060/4.0090 berbanding dolar AS daripada paras 4.0040/0070 sewaktu ditutup semalam. Dolar AS yang disifatkan sebagai mata wang selamat, turut mencecah ke paras tertinggi dalam tempoh 11 bulan malam tadi berikutan pulangan bon AS yang lebih tinggi. Peniaga itu berkata, ketegangan dagangan antara AS dan China yang menyebabkan penggiat pasaran mengelak risiko terutamanya bagi mata wang negara membangun akan terus memberi tekanan terhadap sentimen pelabur pada hari ini. Selain…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN