Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS - Utusan Malaysia

Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi pada sesi pagi hari ini berikutan permintaan yang bertambah baik terhadap unit tempatan itu dalam keadaan peningkatan harga minyak, kata seorang peniaga.  

Pada pukul 9.11 pagi, ringgit berada pada 3.9950/4.000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada paras penutup 3.9960/9990 semalam.

Harga minyak kembali pulih daripada penurunan baru-baru ini menjelang mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum yang dijangka menyaksikan peningkatakan pengeluaran selepas mengehadkan bekalan sejak tahun 2017 di samping para pelabur menilai impak pertikaian perdagangan Amerika Syarikat-China.  

Meskipun dagangan yang tidak menentu, harga minyak penanda aras meningkat AS$1.90 (RM7.90) kepada AS$75.34 (RM301.17) setong.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali bagi dolar Singapura yang meningkat kepada 2.9560/9614 daripada  2.9580/9611 semalam.

Ringgit turun berbanding yen Jepun pada 3.6279/6331 daripada 3.6147/6177, susut berbanding pound British kepada 5.2982/3052 daripada 5.2935/2979 dan turun berbanding euro kepada 4.6466/6536 daripada 4.6342/6384. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN