Ricciardo enggan terburu-buru - Utusan Malaysia

Ricciardo enggan terburu-buru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pelumba Red Bull, Daniel Ricciardo mengakui masih lagi mencari kontrak baharu yang setara dengan nilai yang dibawanya ke dalam arena sukan Formula Satu (F1).

Pasukan Red Bull yakin dapat menyambungkan kerjasama bersama pelumba Australia itu biarpun terdapat desas-desus bahawa dia akan berpindah ke McLaren.

Bagaimanapun, Ricciardo masih lagi enggan terburu-buru memberi kata putus walaupun dengan berita pengesahan kerjasama baharu Red Bull bersama pengeluar enjin Honda.

“Keutamaan saya adalah untuk mencari jen­tera yang boleh membantu merangkul gelaran juara dunia kerana saya yakin mampu lakukannya. Jika tidak ada kepastian tersebut, baru sa­ya akan cari peluang lain.

“Seperti yang pernah dikatakan Lewis Hamilton, nilai sebagai seseorang pelumba bukanlah bergantung pada nilai material namun perasaan dan manfaat yang seseorang pelumba boleh sumbangkan pada sukan berkenaan.

“Saya memegang kuat pada prinsip tersebut. Saya ha­rap dapat jumpa dengan kontrak yang padan de­ngan jangkaan saya dan nilai yang mereka letakkan kepada saya,” ujarnya. 
– Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN