KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer sejam berserta ombak mencecah 3.5 meter diramal melanda kawasan Selat Melaka Selatan, Tioman dan Reef South sehingga pukul 6 petang ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, keadaan itu membahayakan bot-bot kecil. Keadaan cuaca sama dijangka melanda kawasan Pahang, Johor dan Utara Sarawak sehingga pukul 6 petang ini. – Bernama










