KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Perak melibatkan daerah Kerian, Larut, Matang dan Selama dan Hulu Perak, sehingga 9 malam ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan hari ini berkata, keadaan yang sama dijangka berlaku di Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. Arahan yang sama turut dikeluarkan kepada penduduk di Besut, Terengganu…










