MIRI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengesan sebuah premis perniagaan di sini yang masih mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada pelanggan walaupun kerajaan menetapkan kadar sifar cukai tersebut mulai Jumaat lepas. Ketua Cawangan KPDNKK Miri, Joe Azmi Azmil berkata, premis perniagaan itu adalah sebuah restoran yang beroperasi di Luak dan telah diberi amaran untuk menukar sistem jualan mereka kepada sifar GST. “Pemilik premis itu diberi tempoh selama tiga hari untuk menukar kepada sifar GST, alasan diberi kerana masa terlalu singkat,” katanya kepada Bernama hari ini. Joe berkata, setakat semalam 26 premis perniagaan telah diperiksa untuk memastikan patuh sifar GST dan mendapati hanya satu…










