HARI raya yang dirai setahun sekali disambut dengan rasa kesyukuran sebagai tanda kemenangan menyempurnakan ibadah berpuasa di bulan Ramadan bukan sahaja dengan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga dengan mempertingkatkan amal ibadah kepada Allah. Dalam kemeriahan menyambut Aidilfitri, seperti kelazimannya, pelbagai juadah wajib akan disediakan bagi meraikan sambutan hari raya, selain untuk menjamu para tetamu dengan hidangan yang lazat. Pelbagai aneka juadah tradisi seperti ketupat, lemang, wajik, dodol serta rendang…










