DIDIK. Kira-kira 100 peserta program tadarus mengambil bahagian pada program khatam Al-Quran yang diadakan di Masjid Jameatus Salehah, Dengkil, Sepang, Selangor baru-baru ini. Peserta terbabit yang sebahagian besarnya merupakan golongan remaja lelaki dan perempuan berjaya menamatkan bacaan 30 juzuk al-Quran sejak dimulakan pada 1 Ramadan lalu. Program khatam al-Quran tersebut mendapat sambutan menggalakkan apabila anggota jemaah masjid itu terutamanya ibu bapa peserta turut hadir memeriahkan suasana. Pada majlis tersebut, peserta…










