Remaja maut ketika beraya - Utusan Malaysia

Remaja maut ketika beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Anak bongsu bekas Ahli Dewan Unda­ngan Negeri (ADUN) Permaisuri, Datuk Mohd. Jidin Shafee maut selepas motosikal jenis Yamaha Y15ZR ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta dalam kejadian di simpang tiga Jalan Sultan Zainal Abidin di sini kelmarin.

Kejadian pada pukul 5 petang itu mengakibatkan Muhammad Izzat Husaini Mohd. Jidin, 17, meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Abd. Razak Hasan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal mangsa bertembung dengan kereta jenis Proton Persona dipandu seorang wanita berusia 30 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemandu wanita dari arah Pasar Pa­yang itu dikatakan ingin membelok ke kanan sebelum motosikal mangsa yang datang dari arah bertentangan melanggar bahagian hadapan kiri kereta ter­sebut.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang mengalami kecederaan dihantar ke HSNZ dan disahkan meninggal dunia pada pukul 5.40 petang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini