KUALA TERENGGANU 9 Jun – Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu akan menempatkan 20 orang anggota di dua lokasi di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) khusus untuk memberikan bantuan segera jika berlaku kecemasan pada musim perayaan Aidilfitri. Pengarahnya, Azlimin Mat Noor berkata, anggota daripada dua pasukan itu akan ditempatkan di plaza tol Ajil di Hulu Terengganu dan di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Perasing di Kemaman sempena Ops Raya bermula…