BERCAKAP mengenai persiapan hari raya, keluarga penyanyi Lan Solo tidak ketinggalan memastikan sambutan Aidilfitri tahun ini semeriah tahun-tahun terdahulu. Malah ketika ini juga dia sudah menyediakan pakaian yang sedondon untuk keluarganya. Menurut Lan atau Mohd Razlan Mohamed Yusuf, yang lebih menyeronokkan pada sambutan hari raya tahun ini adalah kehadiran anak keempatnya Nur Amna Quzandra yang berusia lima bulan. “Memang terasa kemeriahannya sebab kami tahu fokus akan diberikan kepada anak keempat…










