Rashford bersinar bantu England kalahkan Costa Rica - Utusan Malaysia

Rashford bersinar bantu England kalahkan Costa Rica

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS, United Kingdom, 8 Jun – Pengurus England, Gareth Southgate mengakui Marcus Rashford telah menyebabkannya sukar membuat keputusan menjelang Piala Dunia selepas pemain itu mempamerkan kecemerlangan membantu pasukannya meraih kemenangan 2-0 ke atas Costa Rica dalam aksi persahabatan.

Dalam perlawanan pemanas badan terakhir England itu, pemain Manchester United tersebut dilihat bersinar buat England yang kebanyakkannya terdiri daripada pemain baharu.

Selain Rashford, Danny Welbeck turut mempamerkan kecemerlangan apabila menyumbang gol kedua England pada minit ke-76 sekali gus membolehkan The Three Lions meneruskan rekod tanpa kalah dalam 10 perlawanan.

“Apa yang paling menggembirakan saya adalah apabila Marcus Rashford seronok bermain bola pada malam ini. Dia bermain dengan gayanya tersendiri,” kata Southgate.

Rashford memanfaatkan ketiadaan kapten England, Harry Kane untuk bermula di barisan hadapan bersama Jamie Vardy dan telah mempamerkan keupayaannya dengan rembatan menakjubkan dari jarak 25 ela yang tepat ke penjuru gol seawal minit ke-13.

“Anda berlatih untuk mendapatkan gol dalam latihan setiap hari dan apabila ia menjadi dalam perlawanan sebenar, ia satu ganjaran,” kata Rashford.

Sebelum ini Rashford berdepan situasi sukar pada penghujung musim bersama United berikutan hanya menjaringkan empat gol pada 2018 selain turut dikritik oleh Jose Mourinho. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN