Rangkaian judi bola sepak bernilai AS$26 juta di Vietnam lumpuh - Utusan Malaysia

Rangkaian judi bola sepak bernilai AS$26 juta di Vietnam lumpuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HANOI – Polis Vietnam melumpuhkan rangkaian perjudian bola sepak dalam talian yang bernilai kira-kira AS$26 juta (RM104 juta) selain turut menahan empat orang di sini kelmarin.

Langkah itu diambil ketika pihak berkuasa bertekad untuk menghentikan pertaruhan perjudian yang semakin meningkat terutamanya semasa Piala Dunia 2018 yang sedang berlangsung ketika ini.

Empat individu itu ditahan di Bandar Ho Chi Minh kelmarin, menurut satu laporan yang dikeluarkan akhbar rasmi polis, Cong An Nhan Dan.

Beberapa individu lain turut dipanggil untuk disoal siasat. Suspek berkenaan mengakui mereka melakukan operasi transaksi menerusi laman web yang dihoskan di Filipina.

“Sejak awal tahun 2017, jumlah transaksi rangkaian perjudian adalah bernilai lebih AS$26 juta,” lapor siaran televisyen tempatan.

Menurut laporan televisyen itu, beribu-ribu penduduk di ­Vietnam menggunakan perkhidmatan berkenaan.

Di bawah undang-undang jenayah Vietnam, sesiapa yang terlibat dalam perjudian atau menganjurkan aktiviti itu berhadapan dengan hukuman penjara selama 10 tahun.

Bagaimanapun, kerajaan telah meringankan hukuman itu de­ngan memperkenalkan program perintis pada tahun 2017 yang mengehadkan perlawanan bola sepak antarabangsa dan mene­rima pakai satu undang-undang pada bulan ini di mana ia membenarkan pertaruhan sesama negeri. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN