KUALA LUMPUR – Seorang pelajar sekolah menengah merupakan antara 15 suspek yang ditahan oleh Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman kerana disyaki terlibat dalam aktiviti kumpulan pengganas Daesh. Turut ditahan ialah seorang suri rumah berusia 51 tahun yang merancang untuk melancarkan serangan menggunakan kereta yang dipenuhi bahan letupan pada hari pembuangan undi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu. Kesemua suspek termasuk tiga wanita itu ditahan dalam operasi khas di…










