KUALA LUMPUR 12 Jun – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diingatkan supaya mengutamakan kebajikan rakyat dengan meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, bukannya melampiaskan ego sendiri untuk menggantikan Proton dengan projek kereta nasional yang baharu. Presiden Persatuan Pengguna-pengguna Pengangkutan Awam Malaysia, Ajit Johl (gambar) berkata, keputusan membatalkan projek pengangkutan awam mega baru-baru ini sewajarnya disusuli dengan usaha mencari penyelesaian alternatif bagi meningkatkan perkhidmatan pengangkutan awam, bukannya dengan mencadangkan projek kereta nasional kedua. Katanya, projek itu adalah langkah regresif yang akan hanya mengheret Malaysia 30 tahun ke belakang dengan pelbagai masalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya