Rakyat perlu beri masa kerajaan PH selesaikan masalah kewangan - Utusan Malaysia

Rakyat perlu beri masa kerajaan PH selesaikan masalah kewangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA 19 Jun – Rakyat diminta memberi masa kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk menyelesaikan masalah kewangan negara terlebih dahulu sebelum dapat memenuhi kesemua manifesto pilihan raya umum parti itu.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, kerajaan komited dalam memenuhi manifesto berkenaan bagaimanapun keadaan kewangan semasa perlu distabilkan terlebih dahulu.

“Kita memang hendak buat manifesto itu tetapi perlu menunggu keadaan mengizinkan. Kita kini terbelenggu dengan isu hutang negara RM1 trillion serta masalah-masalah kewangan, kita perlu menstabilkan keadaan ini dahulu.

“Jadi, bagilah kita masa. Kita sudah mensifarkan kadar cukai barang dan perkhidmatan (GST) tetapi tetap memberi Bantuan Sara Hidup, jadi bagi masa kita hendak selesaikan masalah kewangan negara terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada salah seorang peserta pada sesi soal jawab sempena pelancaran Global Accelerator Programme Cohort 2 anjuran Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC), di sini hari ini.

Guan Eng menjawab soalan berkaitan peruntukan khas untuk program keusahawanan sepertimana digariskan dalam manifesto Pakatan Harapan baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN