JULAU 18 Jun – Seorang petani ditahan ketika membuat laporan polis kerana menembak mati rakan sekampungnya di kawasan hutan Sungai Engkelut, Pakan di sini semalam. Suspek berusia 36 tahun itu ditahan di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Julau pada pukul 5.15 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Dennis Leong Soon Kuai berkata, lelaki terbabit mendakwa telah tertembak rakannya berusia 26 tahun kerana menyangka mangsa adalah seekor babi…










