Raja Muda lancar buku Surah Al- Kahfi - Utusan Malaysia

Raja Muda lancar buku Surah Al- Kahfi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 17 Jun – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan melancarkan buku Surah Al-Kahfi keluaran Jabatan Mufti negeri dalam satu majlis Rukyah Hilal Awal Syawal 1439 Hijrah di Kuala Sungai Baru di sini baru-baru ini.

Berangkat sama pada majlis itu, Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Terdahulu, baginda berkenan mendengar taklimat mengenai rukyah hilal awal Syawal yang disampaikan oleh Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan (JUPEM) negeri serta menyaksikan majlis menandatangani pengesahan hilal awal Syawal peringkat negeri Perlis tahun ini.

Dalam pada itu, ketika berucap baginda yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengingatkan orang ramai supaya memberikan keutamaan kepada kesihatan, keselamatan diri dan keluarga.

“Selain itu, ambillah perhatian yang lebih serius tehadap kebersihan semasa menyediakan makanan bagi mengelak berlakunya keracunan makanan

dan hindarkan daripada tingkah laku merbahaya seperti bermain mercun yang boleh membawa padah kepada diri sendiri,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN