Qobin mahu isi jawatan Exco Pemuda UMNO - Utusan Malaysia

Qobin mahu isi jawatan Exco Pemuda UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Jun – Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 36, menawarkan diri untuk mengisi tampuk Pergerakan Pemuda UMNO sebagai Exco Pemuda dan Ketua Pemuda Bahagian Lembah Pantai pada pemilihan parti bagi penggal 2018 sehingga 2021.

Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin
MUQHARABBIN

Muhamad Muqharabbin atau Qobin yang juga merupakan Presiden Kelab Eksplorasi 7 Be­nua Malaysia (KE7B) beranggapan sudah tiba masanya beliau sebagai ahli UMNO yang bertanggungjawab bersama-sama membantu memulihkan parti terbesar Melayu itu.

Katanya, kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah hikmah supaya dapat bermuhasabah diri dan melihat kelompongan dan kelemahan dan menjadi permulaan kepada anak muda bersuara ke arah kebaikan demi parti dan rakyat.

“Sebelum ini, saya hanya ahli Pemuda biasa. Tiada jawatan apa-apa dalam parti. Pernah bersuara, tapi tidak dipeduli. Kini saya berani mengambil tindakan drastik untuk mengemudi Pemuda di kawasan saya dan juga Malaysia.

“Saya perlu menjadi Pemuda bertanggungjawab untuk memulihkan semangat ahli parti dan saya tidak akan lari daripada perjuangan UMNO yang sebenar iaitu memperjuangkan nasib rakyat dan juga negara,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN