Qobin dipilih Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai - Utusan Malaysia

Qobin dipilih Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Jun – Penjelajah Grand Slam Negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin, 36, atau lebih dikenali sebagai Qobin dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini hari ini.

Beliau yang turut bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO Malaysia berharap keputusan pemilihan kali ini akan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Pemilihan kali ini adalah permulaan untuk perubahan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap UMNO.

“Saya berharap keputusan dalam pemilihan ini akan menjadi asas kepada penerimaan rakyat yang pastinya ingin melihat UMNO bangkit semula,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Pemilihan UMNO Bahagian Lembah Pantai menyaksikan tiada pertandingan untuk semua jawatan sayap Pemuda dan Puteri. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN