LONDON 8 Jun – Putera William menegaskan, dia akan mempertahankan England sekiranya pasukan itu berdepan dengan isu perkauman dalam Piala Dunia di Rusia yang bermula 14 Jun ini. Dalam pertemuan dengan pemain Three Lions sebelum aksi persahabatan menentang Costa Rica semalam, Putera William berkata, dia akan bersemuka dengan pihak berkuasa Rusia dan menjadi ‘tembok batu’ sekiranya pemain mereka diserang. Buat kali pertama dalam sejarah pertandingan, sistem pengawasan anti diskriminasi akan…