PHNOM PENH 17 Jun – Bekas Perdana Menteri Kemboja, Putera Norodom Ranariddh cedera manakala isterinya, Ouk Phalla meninggal dunia selepas kereta yang dinaiki dirempuh sebuah teksi yang datang dari arah bertentangan di wilayah Preah Sihanouk di barat daya negara ini. Kedua-dua mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran namun Phalla meninggal dunia di hospital berkenaan manakala Ranariddh yang merupakan ketua Parti Funcinpec diterbangkan ke Phnom Penh untuk rawatan lanjut. Melalui akaun rasmi Facebook Ranariddh, kematian Phalla disifatkan sebagai kehilangan ‘hero negara bagi Funcinpec’. Seorang anggota parti berkenaan mengesahkan kematian Phalla manakala Ranariddh,…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya