PUTRAJAYA – Dua buah premis urut yang dikesan menyediakan perkhidmatan seks melalui aplikasi WeChat terbongkar hasil serbuan Jabatan Imigresen di kawasan Klang Lama, Kuala Lumpur semalam. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali berkata, dalam serbuan oleh Unit Operasi Khas (QRT) Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analis Jabatan Imigresen bermula pukul 5 petang itu, seramai 12 orang wanita yang dipercayai bekerja sebagai turut urut telah ditahan bersama dua lelaki warga…










