PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah bersetuju untuk menubuhkan Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah (GIACC) bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan antirasuah di negara ini. Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini turut mengumumkan bahawa Perdana Menteri bersetuju melantik bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed untuk menerajui GIACC. Menurut kenyataan itu, GIACC akan bertanggungjawab…










