Pukul anak guna penyangkut baju - Utusan Malaysia

Pukul anak guna penyangkut baju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELAYANG – Sepasang suami isteri masing-masing didenda maksimum RM2,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan mencederakan anak lelaki­nya berusia sembilan tahun dengan menggunakan penyangkut baju pada Januari lalu.

Hakim Syafeera Mohd. Said menjatuhkan hukuman itu ke atas pasangan suami isteri tersebut iaitu Mohamad Syazreen Zulkeple, 26, dan Nurul Izwana Ibrahim, 29, selepas kedua-duanya mengaku bersalah atas pertuduhan yang disabitkan.

Mahkamah turut meme­rintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara selama tiga bulan sekiranya tidak membayar denda itu dan mereka membayarnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mengikut pertuduhan Mohamad Syazreen yang bekerja sebagai pencuci kereta dan Nurul Izwana yang merupakan suri rumah didakwa mencederakan anak lelaki mereka di sebuah premis di Kampung Sahabat, Gombak di sini pada pukul 1.51 petang 27 Januari lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini