Proton turun harga kereta sempena raya, sokong Tabung Harapan - Utusan Malaysia

Proton turun harga kereta sempena raya, sokong Tabung Harapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia kini boleh memiliki Proton Saga pada harga kurang daripada RM30,000 bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri ini dan pada masa yang sama dapat menyumbang kepada Tabung Harapan Malaysia.

Pengeluar kereta nasional itu berkata, ia adalah tawaran kereta terbaik yang pernah ditawarkan dalam tempoh 10 tahun lepas dan sejumlah RM10 daripada setiap pembelian kereta akan didermakan kepada tabung kerajaan itu yang akan berkuat kuasa bermula hari ini sehingga 31 Disember 2018. 

“Sebagai sebuah organisasi korporat nasional yang prihatin, Proton merasakan perlu untuk tampil kehadapan menyediakan bantuan tambahan ke arah tujuan baik itu bagi negara dan rakyat Malaysia,” kata syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini. 

Selain Proton Saga, harga model-model lain seperti Iriz dan Ertiga juga akan diturunkan sebanyak RM4,000 dan Persona sebanyak RM3,000.

Tawaran harga rendah itu juga bersempena perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus yang membawa kepada penurunan harga antara 12 dan 18 peratus bergantung kepada model kereta.

Proton juga akan menawarkan 20 pusat pemeriksaan percuma di semua cawangannya di seluruh negara bermula hari ini sehingga 15 Jun yang merangkumi bahagian seperti pedal brek dan klac, lampu dan lampu isyarat, tali pinggang keselamatan, pemeriksaan bateri dan lain-lain. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN