‘Proses peralihan kerajaan untungkan saya’ - Utusan Malaysia

‘Proses peralihan kerajaan untungkan saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 4 Jun – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan proses peralihan kerajaan baharu yang sedang diusahakan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi keuntungan kepada beliau.

ANWAR IBRAHIM

Anwar yang mengikut perancangannya bakal menggantikan Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri kelapan memberitahu, beliau terlepas daripada tugas berat untuk memperbetulkan segala yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau juga menyifatkannya sebagai ‘hikmah’ tidak menjadi Perdana Menteri ketika ini yang terpaksa menyelesaikan banyak isu termasuk rasuah, memperbetulkan seluruh sistem kerajaan dan badan kehakiman.

“Itu tugas berat, saya terlepas, kerja saya sokong sahaja. Kalau Dr. Mahathir berhasil dalam proses peralihan ini, ia menguntungkan saya juga, tidak merugikan.

“Tugas buat keputusan, pi­lih orang itu tugas Dr. Mahathir. Kalau kadang-kadang satu dua nama kita tidak berapa setuju, tidak apa, tunggu sahaja, beri laluan kepada beliau,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika diwawancara dalam segmen Terus Terang yang disiarkan menerusi Facebook Invoke Malaysia hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini tidak menolak kemungkinan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga dua tahun akan datang sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Dalam pada itu, Anwar mengingatkan kepemimpinan kerajaan Pakatan Harapan supaya tidak terjebak dengan pemikiran UMNO 2.0 sekiranya mahu terus mendapatkan sokongan rakyat.

Peringatan Anwar itu kerana beliau bimbang dengan penyusupan agenda seumpamanya yang disifatkannya sangat cepat sebagaimana telah dibuktikan sejarah.

“Apa yang disifatkan UMNO 2.0 itu ialah antaranya membawa balik saudagar kaya, mudah dapat laluan tanpa proses tender ataupun mengekang kebebasan atau bertindak keras terhadap orang yang dirasakan sedikit kritis,” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini