KUALA LUMPUR 20 Jun – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pendakwaan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan mengambil masa berbanding jangkaan awal sebelum ini, kerana proses pengumpulan bukti masih dilakukan. Menurut Perdana Menteri dalam satu temu bual dengan portal South China Morning Post, langkah itu bagi memastikan agar penghakiman kes tersebut berdasarkan penilaian terhadap fakta dan bukti yang dikemukakan di mahkamah dan bukannya dipengaruhi oleh sebarang sentimen. “Semua tahu isu…










