Projek HSR: Lebih baik rugi daripada tanggung hutang - Utusan Malaysia

Projek HSR: Lebih baik rugi daripada tanggung hutang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 3 Jun – Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berpendapat, lebih baik kerajaan Persekutuan menanggung penalti sebanyak RM500 juta akibat pembatalan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) daripada terpaksa menanggung beban hutang sehingga RM100 bilion.

Osman Sapian
OSMAN

Beliau berkata, sekiranya perkara itu diteruskan sudah tentu memberi kesan sangat buruk kepada negara. 

Justeru katanya, kerajaan negeri hari ini menyatakan sokongan penuh terhadap keputusan kerajaan Persekutuan untuk membatalkan projek HSR.

“Keputusan kerajaan Pusat untuk membatalkan projek tersebut amat tepat dan bersesuaian dengan pendekatan Pakatan Harapan untuk tidak membebankan negara dengan projek-projek mega sekali gus menyebabkan pertambahan hutang negara.

“Dalam situasi ekonomi semasa, kerajaan tidak boleh menerima kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Mohamed Khaled Nordin bahawa projek HSR yang menelan belanja sebanyak RM110 bilion terbabit merupakan game changer bagi pembangunan di wilayah Selatan Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Osman berkata, projek itu jika dilaksanakan mengambil masa panjang yang hanya akan siap dan mula beroperasi menjelang 31 Disember 2026, iaitu kira-kira sembilan tahun dari sekarang. 

“Projek ini juga akan memakan masa  terlalu lama untuk mendapat pulangan balik apatah lagi menjana keuntungan. Ini belum lagi mengambil kira kos lain termasuk kos penyelenggaraan. Pelaburan ke atas projek yang mencecah RM110 bilion ini sangat tinggi sedangkan pulangannya rendah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN