KUALA LUMPUR 22 Jun – Projek pembangunan hartanah bernilai RM6 bilion milik Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) yang sepatutnya dimulakan awal tahun ini kini dilewatkan ke tahun hadapan. Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Mohd. Rani Hisham Samsudin berkata, kelewatan pembangunan hartanah di atas tanah miliknya berdekatan stesen-stesen kereta api Lembah Klang itu adalah ekoran beberapa isu termasuk kekangan kewangan. “Kita sedang mengatasi masalah itu dengan melihat sumber-sumber lain untuk suntikan kewangan. “Mungkin kita akan mulakan awal tahun hadapan,” katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya