Program kerajaan bela masyarakat - Utusan Malaysia

Program kerajaan bela masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jun – Program-program yang dianjurkan kerajaan perlu sentiasa berpaksikan kepada usaha membela dan menyantuni golongan memerlukan termasuk yang berpendapatan rendah.

DZULKEFLY AHMAD
DZULKEFLY AHMAD

Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, beliau mahu kementerian terutama Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Dr. Chen Chaw Win dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah terus menjalankan khidmat bakti kepada masyarakat.

Katanya, khidmat bakti itu termasuk menganjurkan program-program berorientasikan tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk program turun padang untuk bertemu golongan memerlukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam soal kesihatan, warga Kementerian Kesihatan perlu menjadi contoh dalam menjalani gaya hidup yang sihat.

“Ini lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang menganjurkan orang ramai untuk menjadi lebih sihat dan sejahtera,” katanya ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra Menteri Kesihatan Bersama Warga Kementerian di sini hari ini.

Sebanyak sembilan ibu dan bapa tunggal, empat orang kurang upaya (OKU) dan 27 orang dari keluarga berpendapatan rendah memeriahkan majlis berkenaan.

Mengulas lanjut, Dzulkefly berkata, kerja-kerja khidmat bakti itu tidak boleh hanya bermusim tetapi berterusan dan melibatkan lebih ramai penerima.

“Jika kita terus komited dalam usaha membantu masyarakat. Ini besar impaknya kepada masyarakat,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini