PUTRAJAYA – Orang ramai boleh mendapatkan pelbagai barangan segar untuk keperluan Aidilfitri di 724 lokasi Pasar Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di seluruh negara mulai 8 Jun hingga 14 Jun depan. Ketua Pengarah FAMA, Datuk Ahmad Ishak berkata, program Jimat Belanja Aidilfitri @ Pasar Tani itu menawarkan barangan segar yang biasa digunakan ketika sambutan Aidilfitri terutamanya pelbagai jenis daging dan kelapa. “Turut dijual di program Jimat Belanja Aidilfitri ialah…










