KOTA BHARU 8 Jun – Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa mengunci mulut apabila enggan mengulas sama ada mahu memberi laluan atau menarik diri bertanding merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Beliau berkata, keputusan untuk bertanding jawatan tersebut atau tidak akan dimaklumkan apabila sampai masanya. “Tarikh akhir 14 Jun ini, jadi kita tunggu 14 Jun ini. Tak perlu lorat (tergesa-gesa),” katanya ringkas apabila ditanya khabar…










