Premis perjudian diserbu polis - Utusan Malaysia

Premis perjudian diserbu polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Sebuah premis perjudian yang baru beroperasi selama dua bulan diserbu sepasukan anggota polis dari cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di Dataran Mentari di sini awal pagi tadi.

Difahamkan, premis berkenaan menjadi lokasi panas bagi segelintir ‘tahi judi’ yang beragama Islam untuk melakukan aktiviti haram berikutan pelbagai aktiviti menarik perjudian atas talian ditawarkan.

Dalam serbuan pada pukul 12.30 malam itu, seramai lapan warga asing yang terdiri dari pekerja dan pemain warga Indonesia (5), Myanmar (1), Vietnam (1), Nepal (1) serta seorang penjaga tempatan telah ditahan.

Serbuan tersebut turut menahan 51 pemain bagi membantu siasatan yang terdiri daripada warga tempatan (47), Nepal (3) dan seorang lelaki warga Pakistan. Kesemua mereka berusia dalam lingkungan 22 hingga 43 tahun.

Pegawai Operasi D7 IPK Selangor, Asisten Superintendan Rozam Effandy Raslee berkata, serbuan berkenaan dijalankan hasil maklumat dan risikan mengenai aktiviti haram berkenaan.

“Premis tersebut beroperasi tanpa lesen dan tidak mempunyai sebarang papan tanda di hadapan kedai bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Kita juga difahamkan premis ini beroperasi selama 24 jam bagi mengaut keuntungan dan akan membenarkan individu tertentu sahaja memasuki ke dalam premis berkenaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas tamat operasi berkenaan awal pagi tadi. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN