TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau mematahkan cubaan menyeludup 260 gulung permaidani ke Nunukan, Indonesia menggunakan sebuah bot jongkong di perairan Pulau Sidam di sini semalam. Dalam serbuan pada pukul 10.30 malam itu, PPM turut menemui 1,800 pek mi kuning dan tepung jagung seberat 1,100 kilogram (kg) di dalam bot terbabit. Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Wilayah 4, Deputi Superintendan Mohd. Nazri Ibrahim berkata, dalam serbuan berkenaan seorang lelaki…










