PPM rampas arak lebih RM10,000 - Utusan Malaysia

PPM rampas arak lebih RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR 5 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Muar merampas sebanyak 1,044 botol dan tin minuman keras dipercayai tiada cukai dalam serbuan di Sungai Abong, semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, kesemua rampasan bernilai kira-kira RM10,168 itu hasil risikan dan maklumat awam.

“Kira-kira pukul 12 tengah hari semalam, sepasukan pegawai dan anggota PPM berjaya memintas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada dalam keadaan mencurigakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pemeriksaan mendapati, seorang lelaki membawa minuman keras dipercayai tiada kebenaran Kastam di bahagian belakang kereta tersebut,” katanya dalam sidang akhbar, di sini sebentar tadi.

Paul Khiu berkata, pihaknya menahan lelaki berusia 30 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Katanya, sebuah kereta jenis Mitsubishi Grandis bernilai kira-kira RM50,000 turut dirampas, manakala suspek kini direman selama tiga hari. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini