'Portugal akan kalah kalau Ronaldo main seorang' - Santos - Utusan Malaysia

‘Portugal akan kalah kalau Ronaldo main seorang’ – Santos

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SOCHI, Russia – Jurulatih Portugal, Fernando Santos sekali lagi menegaskan betapa pentingnya kerjasama berpasukan apabila turun berdepan Uruguay dalam pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2018 FIFA di Rusia awal pagi nanti.

Memuatkan artikel berkaitan…

Portugal mara ke saingan kalah mati ini hasil daripada sumbangan besar bintang mereka, Cristiano Ronaldo yang menyumbang empat gol dalam tiga perlawanan, namun santos menyifatkan apa yang lebih banyak menyumbang kepada kejayaan pasukannya adalah kerjasama berpasukan.

“Semua orang tahu bahawa mana-mana pasukan di dunia ini akan bergantung kepada beberapa pemainnya dan sudah tetntu kami juga memiliki salah seorang pemain terhebat dunia.

“Kamu juga boleh tanya jurulatih Uruguay soalan yang sama tentang (Luis) Suarez atau (Edison) Cavani bagi pasukan mereka.

“sebenarnya apa yang penting ialah semua pemain perlu bekerjasama. Kalau kami hanya mengharapkan Ronaldo sahaja, kami akan kalah. 

“Kami perlu kuat sebagai sebuah pasukan kerana Uruguay juga satu pasukan yang kuat,” jelas Santos.

Santos percaya kekuatan Uruguay terletak pada gaya permainan mereka yang bersatu di atas padang dan juga kelicikan jurulatih mereka Oscar Tabarez.

“Kehebatan Uruguay adalah mereka bermain sebagai sebuah pasukan. Mereka ada jurulatih yang sama sejak 12 tahun lalu, sangat berpengalaman dan berkualiti,” tambahnya.

Ramai beranggapan pertemuan Portugal dan Uruguay awal pagi ini akan menyajikan satu permainan yang memboasankan dengan kedua-dua pasukan akan bermain secara bertahan.

“Saya rasa ia akan menjadi satu perlawanan yang menarik, dua pasukan akan cuba memenangi perlawanan dan memiliki senjata masing-masing.

“Perlawanan ini amat berbeza dengan saingan peringkat kumpulan di mana mata menjadi rebutan. tetapi esok (pagi ini), kamu akan menang atau kalah,” katanya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN