KEPADA sesetengah pihak, bahasa hanyalah medium untuk berkomunikasi. Tiada nilai-nilai lain diberikan kepada bahasa dalam konteks pandangan ini Bagaimanapun, kepada pihak lain, bahasa bukan sekadar bahasa. Bahasa kepada mereka terkandung budi, perjuangan, nilai politik, prospek ekonomi, pendirian agama dan jati diri bangsa. Kepada golongan yang pertama, bahasa adalah lambang pragmatisme. Kepada kumpulan kedua, bahasa mencerminkan rupa bangsa Malaysia. Polemik bahasa ini adalah polemik lama yang wujud sejak zaman awal kemerdekaan…










