Polis rujuk keterangan Shaariibuu kepada Pendakwa Raya - Utusan Malaysia

Polis rujuk keterangan Shaariibuu kepada Pendakwa Raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis akan merujuk keterangan bapa Altantuya Shaariibuu, Dr. Shaariibuu Setev yang diambil hari ini kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob berkata pihaknya telah mengambil keterangan Shaariibuu pada 9 pagi tadi.

“Pihak polis mengambil keterangan pengadu (Shaariibuu) pada 21 Jun 2018 (hari ini) pukul 9 pagi. Seterusnya pihak polis akan merujuk semula siasatan ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, keterangan itu diambil susulan laporan polis yang dibuat oleh Shaariibuu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi semalam.

Semalam, Shaariibuu hadir ke IPD itu  bersama-sama peguam keluarganya Ramkarpal Singh untuk membuat laporan polis berhubung pembunuhan anaknya, Altantuya  12 tahun lepas. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini