Polis Marin rampas rokok lebih RM100,000 - Utusan Malaysia

Polis Marin rampas rokok lebih RM100,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 26 Jun – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 20 kotak berisi rokok seludup jenis John White dianggarkan bernilai RM100,800 ketika menjalankan Op Landai di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Ulu Pulai, kelmarin.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Paul Khiu Khon Chiang berkata, bertindak atas maklumat, pihaknya mengekori sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima kira-kira pukul 11.30 malam dari arah Pekan Nanas ke Gelang Patah. 

“Setelah mengekori selama 15 minit, kenderaan persendirian yang dinaiki seorang pegawai dan lima anggota kami cuba memintas MPV tersebut tetapi suspek bertindak memecut sebelum memberhentikan kenderaan di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Jalan Ulu Pulai. 

“Pemandu disyaki seorang lelaki kemudian melarikan diri ke kawasan kebun kelapa sawit dengan meninggalkan kenderaan tersebut. Pemeriksaan ke atas kenderaan itu menemukan 20 kotak disyaki rokok tidak sah berjenama John White,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Khon Chiang berkata, usaha mengesan pemandu tersebut tidak membuahkan hasil dan pihaknya bertindak menyita MPV berkenaan dan kesemua barang rampasan dibawa ke Markas PPM Wilayah Dua untuk proses dokumentasi.

Kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 Seksyen 135(1)(e).-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN