PARIS 1 Jun – Mauricio Pochettino menegaskan, sesiapa pun perlu ‘mendengar’ apabila menerima tawaran daripada Real Madrid, namun buat masa ini dia gembira bersama Tottenham Hotspur. Pengurus kelahiran Argentina itu menjadi calon utama untuk menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatan sejurus selepas membantu Real menjulang kejuaraan hatrik Liga Juara-Juara, minggu lalu. Pochettino, 46, yang baru menandatangani kontrak lima tahun bersama Spurs minggu lalu berkata, dia komited dengan kelab bimbingannya ketika…










