ALOR SETAR – Tun Dr. Mahathir Mohamad julung-julung kalinya menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Istana Anak Bukit di sini semalam selepas dilantik sebagai Perdana Menteri ketujuh pada 10 Mei lalu. Mahathir diiringi isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamd Ali tiba di istana itu pukul 1.50 petang dan pertemuan dengan baginda berlangsung selama 90 minit. Perdana Menteri bersama isteri dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir yang juga…










