TOKYO – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tiba di sini hari ini untuk lawatan kerja tiga hari yang padat ke ibu negara Jepun, lawatan pertamanya ke luar negara selepas menjadi perdana menteri Malaysia yang ketujuh pada Mei lepas. Aturcara lawatan Dr. Mahathir ke Jepun mengandungi senarai panjang acara, mesyuarat dan temu bual media yang bermula dengan majlis makan malam bersama komuniti rakyat Malaysia di negara ini. Pesawat yang membawa pemimpin Malaysia yang berkarisma itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda pada pukul 4.55 petang tadi waktu Malaysia yang sejam di belakang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya