PM Mahathir bersama ribuan jemaah sertai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara - Utusan Malaysia

PM Mahathir bersama ribuan jemaah sertai solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Negara di sini bersama ribuan jemaah bagi meraikan kedatangan 1 Syawal.

Dr. Mahathir yang berbaju Melayu ungu tiba di masjid itu pada pukul 8.20 pagi bersama isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali.

Antara yang turut hadir ialah Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa dan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Dr. Mahathir dan jemaah kemudiannya bertakbir raya sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad yang juga bertindak sebagai khatib.

Sejurus selesai khutbah Aidilfitri, Dr. Mahathir kemudian beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dan mengambil gambar bersama Perdana Menteri Malaysia ketujuh itu. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN