BAGHDAD 29 Jun – Perdana Menteri Iraq, Haider Al-Abadi mengarahkan hukuman mati ke atas ratusan pesalah anggota kumpulan Daesh dilaksanakan segera. Menurut pejabatnya, Haider yang berdepan tuduhan kerana gagal menangani isu militan Daesh, mengarahkan hukuman mati itu dilaksanakan segera terutamanya ke atas anggota militan yang sudah melepasi tempoh hukuman ditetapkan iaitu merujuk kepada mereka yang gagal dalam proses rayuan. Bagaimanapun, tarikh pelaksanaan hukuman gantung beramai-ramai itu tidak diumumkan. Menurut sumber kehakiman, sehingga April lalu, lebih 300 individu, termasuk kira-kira 100 wanita warga asing dijatuhi hukuman mati di Iraq, manakala ratusan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya