KUALA TERENGGANU 5 Jun – Pelan Induk Terengganu Sejahtera (PITAS 2030) yang menjadi model polisi dan pentabiran negeri jangka panjang antara lain menekankan prinsip pengasingan fungsi antara badan politik dan kuasa ekonomi. Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar menjelaskan, badan politik sebagai penentu halatuju negeri, perancang program dan pemantau manakala kuasa ekonomi bertanggungjawab terhadap penentuan syarikat pelaksana. Katanya, PITAS 2030 yang dirangka sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 oleh kalangan pakar…










